Hakim-hakim 3:31 (TB) Sesudah dia, bangkitlah Samgar bin Anat; ia menewaskan orang Filistin dengan tongkat penghalau lembu, enam ratus orang banyaknya. Demikianlah ia juga menyelamatkan orang Israel.
https://alkitab.app/v/acb497bcf1be
Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari baru dan minggu baru sudah pasti kita bersemagat memulakan kerja. Puji Tuhan. Hari ini saya ingin kongsikan tentang kisah kebangkitan penyelamat dari kalangan bangsa Israel yg berani berperang melawan penakluk mereka. Dikatakan Bapa kita di Surga yg memberi mereka kekuatan untuk menyelesaikan misi mereka. Melalui mereka Tuhan Bapa kita di Surga memberikan keamanan kepada bangsa Israel. Para penyelamat itu adalah gambaran penyelamat sebenar iaitu Tuhan Yesus sendiri. Hari ini gereja kita, keluarga kita, kampung kita, masyarakat kita memerlukan seseorang untuk menjadi penyelamat agar keamaan berterusan dapat kita nikmati. Penyelamat itu adalah para pemimpin kita atau anda sendiri. Mereka bertanggungjawab mengekalkan keamanan dan keharmonia dalam masyarakat kita. Jadi kalau kita atau para pemimpin tidak mampu memberi keamanan dan keharmonia kepada masyarakat dalam jagaannya atau paling tidak keluarga kita sendiri, tiba masanya kita memperbaiki keadaan. Belum terlambat untuk buat sesuatu, paling tidak berdoa kepada Tuhan, mohon kebijaksanaan daripada Roh Kudus.
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. KK, 17.6.19.

Comments
Post a Comment