Amsal 9:1-3 (AVB) Hikmah telah membina rumahnya serta menegakkan ketujuh-tujuh tiangnya. Ia telah menyembelih haiwannya, mencampurkan air anggurnya, juga menyediakan sajian mejanya. Ia telah mengutus para pelayan perempuannya, dan dari atas tempat-tempat tinggi di kota ia mengundang, Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Hikmah telah membina rumahnya" Amsal mengingatkan kita bahawa hikmah yang telah membina rumahnya dan menyediakan makanan malahan mengundang penduduk kota. Tanpa hikmah berlaku sebaliknya tiada rumah dan tiada makanan. Tuhan Yesus menggunakan perkataan orang bijak (ada hikmah) mereka yang mendengar dan melakukan ajaran-Nya dan orang bodoh (tiada hikmah) mereka yang tidak melakukan (Lukas 6:46-49 TB). Mari kita belajar bahawa hikmah telah membina rumahnya milikilah hikmah. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 11.11.2023.

Comments

Popular Posts