Amsal 18:24 (AVB) Orang yang ramai sangat temannya boleh membinasakan dirinya, tetapi ada sahabat yang lebih karib daripada saudara sendiri. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Ramai sangat teman membinasakan dirinya" Amsal mengingatkan kita bahawa ramai sangat teman membinasakan dirinya, tetapi ada juga teman yang lebih karib berbanding saudara semoga kita boleh menjadi teman seperti itu atau kita ada teman seperti itu. Tuhan Yesus mengajar menjaga persahabatan supaya ibadah kita kepada TUHAN tidak terhalang (Matius 5:24). Mari kita belajar bahawa ramai sangat teman membinasakan dirinya. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 20.11.2023. Tahniah jemaah PCS Tinangol kerana berjaya mengadakan majlis ulang tahun perkawinan bersekali makan amal untuk mencari dana pembayaran pendahuluan van gereja pada 18.11.2023.

Comments

Popular Posts