Amsal 17:27-28 (AVB) Orang yang berpengetahuan mengawal kata-katanya, dan orang yang berpengertian tenang jiwanya. Orang bodoh pun disangka arif jika dia berdiam diri, dan disangka cerdas jika dia mengatupkan bibirnya. Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Berdiam diri" Amsal mengingatkan kita bahawa orang bodoh pun disangka arif kalau berdiam diri, berkata banyak bukan tanda orang arif kalau tidak kena pada tempat dan biasanya mereka bukan pendengar yang baik apa lagi mahu menolong. Tuhan Yesus berdiam diri ketika difitnah oleh rakyat sebab Dia tahu pemimpin agama tidak mahu mendengar penjelasan-Nya (Matius 26:62-63 TB). Mari kita berlajar bahawa berdiam diri kelihatan arif berbanding banyak bercakap. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 19.11.2023.

Comments

Popular Posts