Amsal 10:1 (AVB) Inilah amsal Salomo: Anak yang arif menyukakan hati ayahnya, tetapi anak yang bodoh adalah kedukaan ibunya. Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Anak yang arif" Amsal mengingatkan kita bahawa anak yang arif menyukakan hati ayahnya dan anak yang bodoh adalah kedukaan ibunya. Arif boleh bermaksud tidak nakal, belajar, rajin dan sebagainya bodoh pula sebaliknya. Tidak pasti kenapa ada anak arif dan bodoh, mungkin itu pilihan anak atau memang nalurinya begitu. Tuhan Yesus memilih kita bukan sebab kita arif atau bodoh tetapi rahmat-Nya. Mari kita belajar jadilah anak yang arif dan berdoalah supaya diberi anak yang arif. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 12.11.2023.

Comments

Popular Posts