Amsal 23:9 (AVB) Jangan berkata-kata di telinga orang bodoh, kerana dia akan menghina kata-katamu yang bijaksana.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Telinga orang bodoh" Amsal mengingatkan kita bahawa telinga orang bodoh menghina kata-kata nasihat. Ada juga keadaan bukan saja tidak mendengar malahan dia marah dan menyerang balik pula, begitulah telinga orang bodoh. Tuhan Yesus mengajar jangan memberi barang berharga kepada babi sebab tidak pandai menghargainya malahan menyerang (Matius 7:6). Mari kita belajar supaya tidak menjadi telinga orang bodoh. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 25.11.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment