Amsal 5:19-21 (AVB) bagai seekor rusa yang jelita, kambing hutan anggun. Biarlah payudaranya sentiasa memuaskanmu, dan engkau selalu ghairah dengan cintanya. Hai anakku, apa gunanya engkau ghairah dengan perempuan lucah, dan mendakap dada perempuan penzina? Kerana jalan-jalan manusia nyata di hadapan mata TUHAN, dan Dia meneliti setiap langkahnya. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Perempuan penzina" Amsal mengingatkan kita supaya menjauhi perempuan penzina, biarlah hubungan intim hanya dengan isteri sahaja, jangan mencari kepuasan dengan perempuan penzina. Tuhan Yesus mengajar kita supaya setia dengan isteri / suami seumur hidup (Markus 10:9 TB). Mari kita belajar menjauhi perempuan penzina. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 7.11.2023. Genap sebulan perang Israel dan Hamas semoga TUHAN mendamaikan mereka secepat yang mungkin.

Comments

Popular Posts