Amsal 16:28 (AVB) Orang yang suka memutarbalikkan sesuatu menimbulkan pertengkaran, dan pemfitnah menceraikan sahabat yang karib. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Suka memutarbalikkan" Amsal mengingatkan kita bahawa orang yang suka memutarbalikkan sesuatu akan menimbulkan pertengkaran dan fitnah yang boleh memutuskan persahabatan yang karib. Malanglah kita kalau ada pengalaman seperti ini. Tuhan Yesus juga difitnah bukan rakyat biasa tetapi majlis agama pada masa itu. Mari kita belajar supaya tidak memutarbalikkan sesuatu. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 18.11.2023.

Comments

Popular Posts