Amsal 24:12 (AVB) Jika engkau berkata, “Sungguh, kami tidak tahu hal itu!” Bukankah Dia, yang menguji hati, memahaminya? Bukankah Dia, yang memelihara nyawamu, mengetahuinya? Bukankah Dia akan membalas setiap orang menurut perbuatannya?
Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Membalas setiap orang menurut perbuatannya" Amsal mengingatkan kita bahawa TUHAN membalas setiap orang menurut perbuatannya, lazim disebut orang karma. Walaupun kita tidak berdaya membalas kejahatan atau orang lain tidak mampu membalas perbuatan jahat kita, perlu diingat ada TUHAN yang melihat perbuatan itu. Tuhan Yesus juga mengajar bahawa pembalasan miliki Bapa (Lukas 21:22). Mari kita belajar bahawa TUHAN membalas setiap orang menurut perbuatannya. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 26.11.2023
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment