Mazmur 137:1-3 (AVB) Di tebing sungai-sungai Babel, di sanalah kami duduk dan menangis ketika mengenang Sion. Dalam demikian kami gantungkan kecapi di pokok gandarusa, kerana di sana mereka yang membawa kami sebagai orang tawanan meminta kami menyanyi, dan mereka yang telah merampas milik kami meminta hiburan; dengan berkata, “Nyanyikanlah untuk kami salah satu lagu Sion!” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Menangis ketika mengenang Sion" Pemazmur salah seorang orang tawan yang di bawa ke Babel, mungkin dia seorang imam atau kerabat di raja. Dia sangat rindu Sion sehingga menangis. Tuhan Yesus sangat rindu untuk mengumpul dan memeluk anak-anak Yerusalem (Lukas 13:34 TB). Mari kita belajar menangis ketika mengenang Sion iaitu gereja Tuhan Yesus. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 20.10.2023.

Comments

Popular Posts