Mazmur 135:10-12 (AVB) Dia mengalahkan banyak bangsa dan membunuh raja-raja perkasa – Sihon raja bangsa Amori, Og raja Basan dan semua kerajaan di Kanaan – lalu memberikan tanah mereka sebagai warisan pusaka, warisan pusaka kepada umat-Nya Israel. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Mengalahkan banyak bangsa" Pemazmur tahu TUHAN yang memberi kemenagan mereka ke atas banyak bangsa. Kemudian TUHAN memberi tempat itu kepada mereka sebagai warisan. Tuhan Yesus sudah mengalahkan maut bagi kita supaya hidup kekal menjadi warisan kita. Mari kita belajar bahawa TUHAN membuatkan kita mengalahkan banyak bangsa iaitu kejahatan mereka tidak menguasai kita. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 18.10.2023.

Comments

Popular Posts