Mazmur 119:147-148 (AVB) Aku bangun sebelum fajar menyingsing, lalu berseru memohon pertolongan; aku menyandarkan harapan kepada firman-Mu. Aku bercekang mata sepanjang malam, supaya dapat merenung janji-Mu. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Merenung janji-Mu" Mazmur 119 himpunan Mazmur pendek sebab itu setiap ayat berdiri sendiri tidak berkaitan dengan ayat sebelum dan selepas. Pemazmur merenung janji TUHAN sepanjang malam, mungkin pemazmur suka membaca tulisan para nabi. Tuhan Yesus juga janji TUHAN kepada manusia untuk mendamaikan manusia dengan TUHAN (2 Korintus 5:18-19). Mari kita belajar supaya merenung janji-Mu iaitu Tuhan Yesus dalam hidup kita. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 2.10.2023.

Comments

Popular Posts