Mazmur 125:1-2 (AVB) Mereka yang menyandarkan kepercayaan kepada TUHAN seperti Bukit Sion, yang tidak dapat diganjak dan tetap selama-lamanya. Sebagaimana gunung-ganang mengelilingi Yerusalem, begitulah TUHAN mengelilingi umat-Nya dari sekarang untuk selama-lamanya. Kopivosihan dan selamat beribadah, hari ini saya berkongsi tentang "Tidak berganjak tetap selama-lamanya" Pemazmur melihat atau berkata untuk diri sendiri bahawa orang yang percaya kepada TUHAN tidak berganjak tetap selama-lamanya, tidak kira dalam keadaan apa atau di mana tidak akan berganjak. Tuhan Yesus tidak berganjak untuk mentaati Bapa sanggup mati untuk kita. Mari kita belajar supaya tidak berganjak tetap selama-lamanya kepercayaan kita kepada TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia. 8.10.2023.

Comments

Popular Posts