Mazmur 136:1-3 (AVB) Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik, kasih-Nya kekal selama-lamanya. Bersyukurlah kepada Allah segala allah, kasih-Nya kekal selama-lamanya. Bersyukurlah kepada Tuhan segala tuhan, kasih-Nya kekal selama-lamanya; Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Kasih TUHAN kekal untuk selama-lamanya" Pemazmur mengulang ungkapan kasih TUHAN kekal untuk selama-lamanya dalam mazmur ini, kasih TUHAN jugalah alasan kita untuk bersuka-cita dan meneruskan hidup. Tuhan Yesus melakukan misi penyelamatan kepada dunia sebab kasih TUHAN (Yohanes 3:16). Mari kita belajar bahawa kasih TUHAN kekal untuk selama-lamanya alasan kita untuk melayani. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 19.10.2023.

Comments

Popular Posts