Mazmur 134:1-2 (AVB) Dengarlah, pujilah TUHAN, kesemua kamu hamba TUHAN yang pada waktu malam melayani di rumah TUHAN.
Angkatlah tanganmu di tempat suci dan pujilah TUHAN.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Pada waktu malam memuji TUHAN" Pemazmur mengajak para pelayan di rumah TUHAN pada waktu malam supaya memuji TUHAN. Mungkin pemazmur mahu waktu malam rumah TUHAN tidak sunyi. Tuhan Yesus biasa membawa para murid-Nya berdoa, mengajar dan berehat di taman Getsemani pada waktu malam. Kita pun boleh berbuat demikian pada waktu malam di gereja supaya gereja sentiasa dipenuhi pujian dan sembah kepada TUHAN. Mari kita belajar supaya pada waktu malam memuji TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 17.10.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment