Mazmur 132:13-15 (AVB) Kerana TUHAN telah memilih Sion, Dia telah menghendakinya sebagai tempat kediaman-Nya: “Inilah tempat peristirahatan-Ku untuk selama-lamanya; di sini Aku akan tinggal, kerana Aku menghendakinya – Aku akan melimpahkan berkat ke atas sumber makanannya; Aku akan mengenyangkan orang miskinnya dengan roti. Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Tempat peristirahatan-Ku untuk selama-lamanya" TUHAN sendiri yang mengatakan Sion tempat yang dipilih menjadi tempat peristirahatan-Nya untuk selama-lamanya. Tuhan Yesus juga memilih bukit Sion puncak pelayanan-Nya. Mari kita belajar menghormati pilihan TUHAN Sion tempat peristirahatan-Nya untuk selama-lamanya. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 15.10.2023.

Comments

Popular Posts