Mazmur 126:1-2 (AVB) Apabila TUHAN membawa pulang orang tawanan ke Sion, kami seperti orang bermimpi. Maka mulut kami dipenuhi dengan gelak ketawa, dan lidah kami dengan nyanyian. Kemudian mereka berkata dalam kalangan bangsa, “TUHAN telah melakukan perbuatan yang hebat-hebat untuk mereka.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan harian, hari ini saya berkongsi tentang "Seperti orang bermimpi" Pemazmur mungkin salah seorang yang pulang dari pembuangan, mereka seperti orang bermimpi, seolah-olah mimpi menjadi kenyataan. Tuhan Yesus menjadikan mimpi menjadi kenyataan bahawa orang berdosa boleh pulang kepada Bapa sebagai orang yang diampuni. Mari kita belajar bahawa kita seperti orang bermimpi pulang dari pembuangan kerana rahmat TUHAN melalui Tuhan Yesus. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 9.10.2023.

Comments

Popular Posts