2 Tawarikh 7:18-20 (TB)  maka Aku akan meneguhkan takhta kerajaanmu sesuai dengan perjanjian yang telah Kuikat dengan Daud, ayahmu, dengan berkata: Takkan terputus keturunanmu yang memerintah atas Israel.
Tetapi jika kamu ini berbalik dan meninggalkan segala ketetapan dan perintah-Ku yang telah Kuberikan kepadamu, dan pergi beribadah kepada allah lain dan sujud menyembah kepadanya,
maka Aku akan mencabut kamu dari tanah-Ku yang telah Kuberikan kepadamu, dan rumah ini yang telah Kukuduskan bagi nama-Ku, akan Kubuang dari hadapan-Ku, dan akan Kujadikan kiasan dan sindiran di antara segala bangsa.

https://alkitab.app/v/943d00c7db66

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi, selamat berhujung minggu. Hari ini saya berkongsi tentang janji TUHAN kepada raja Salomo selepas upacara pentabisan bait suci selesai. Dikatakan TUHAN berjanji keturunan raja Salomo akan terus memerintah umat Israel sekiranya taat kepada TUHAN, tetapi sebaliknya kalau mereka tidak taat, mereka akan dibuang dari tanahair mereka dan bait suci juga akan ditinggalkan serta dimusnahkan. Hari ini zaman gereja, masih lagikah kita dituntut untuk setia kepada TUHAN yg kita kenal melalui Tuhan Yesus? Atau sebab Teologi Kasih Karunia kita sudah terlepas dari tuntutan ketaat dan kesetiaan. Ikut suka hati dan sedap rasa masing masing dalam pelayanan, pekerjaan, rumah tangga dan sebagainya. Kita masih penguasa mutlak dalam kehidupan masing masing. Betulkah begitu teologi kasih karunia? Atau hidupku bukan aku lagi tetapi Yesus dalamku? Mari kita bertaubat kalau masih hidup seperti itu. Kesetiaan dan ketaatan masih dituntut TUHAN sampai hari ini. Demi kebaikan kita, keluarga, gereja dan negara kita. Salam damai untuk kita semua.
✝emanuelministry.blogspot.com 23.11.19 Kudat.

Comments

Popular Posts