1 Tawarikh 28:20-21 (TB) Lalu berkatalah Daud kepada Salomo, anaknya: "Kuatkan dan teguhkanlah hatimu, dan lakukanlah itu; janganlah takut dan janganlah tawar hati, sebab TUHAN Allah, Allahku, menyertai engkau. Ia tidak akan membiarkan dan meninggalkan engkau sampai segala pekerjaan untuk ibadah di rumah Allah selesai.
Sesungguhnya, rombongan para imam dan para orang Lewi ada untuk melakukan segala ibadah di rumah Allah, dan ada beberapa sukarelawan yang ahli dalam setiap tugas yang dapat membantu engkau. Juga para pemimpin dan seluruh rakyat ini sepenuhnya ada di bawah perintahmu."
https://alkitab.app/v/9ee7e9b64675
Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya berkongsi tentang pesanan terakhir raja Daud kepada Solomo anaknya yg akan mengantikannya dan kepada semua pembesar negara. Pesanan itu berkisar tentang rancangan untuk membina bait suci. Raja Daud telah menyediakan bahan binaan. Emas, perak dan sebagainya. Diakhir ucapan raja Daud menyebut tentang para sukarela yg mahir untuk tugas membina bait suci itu nanti. Hari ini pun gereja masih ditunjangi oleh pelayan sukarela, mereka melayani dengan biaya sendiri, tanpa mengharap upah atau penghargaan. Puji Tuhan. Walapun begitu tidak salah kalau gereja sekali sekala meraihkan para pelayan sukarela, contoh pada bulan Krismas sangat sesuai meraihkan mereka dengan mengadakan jamuan, persekutuan, mendoakan dan sebagainya. Semasa Tuhan Yesus melayani, Dia pun dikatakan mengadakan jamuan bersama para pengikutnya. Paling terkenal "Jamuan Akhir" sebelum Tuhan Yesus diserahkan ke dalam tangan kuasa kegelapan. Dalam keluarga kita sendiri pun adalah menjadi keperluan mengadakan jamuan yg istemewa supaya kasih mesra terus terjalin. Mari kita bertaubat kalau selama ini kita tidak lagi mengadakan jamuan untuk keluarga, rakan rakan, anggota jemaat dan sebagainya. Salam damai untuk kita semua.
✝emanuelministry.blogspot.com 15.11.19 KK

Comments
Post a Comment