1 Tawarikh 17:12-14 (TB)  Dialah yang akan mendirikan rumah bagi-Ku dan Aku akan mengokohkan takhtanya untuk selama-lamanya.
Aku akan menjadi Bapanya, dan ia akan menjadi anak-Ku. Tetapi kasih setia-Ku tidak akan Kuhilangkan dari padanya seperti yang Kuhilangkan dari pada orang yang mendahului engkau.
Dan Aku akan menegakkan dia dalam rumah-Ku dan dalam kerajaan-Ku untuk selama-lamanya dan takhtanya akan kokoh untuk selama-lamanya."

https://alkitab.app/v/e6b363cc1e39

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya berkongsi tentang janji TUHAN kepada raja Daud bahawa akan membangkitan keturunannya untuk mengukuhkan kerajaan raja Daud untuk selamanya. Mungkin raja Daud berfikir kerajaan yg dimaksudkan oleh TUHAN adalah kerajaan dunia, betapa hebat kalau sampai sekarang dan untuk selamanya kerajaan Daud masih ada. Tetapi ternyata kerajaan raja Daud tidak kekal, berakhir ketika penaklukan raja Kasdim keatas Yehuda dan menghancurkan kota Yerusalem serta bait suci. Orang Kristian zaman kita pun selalu menangapi perkataan firman TUHAN dengan keduniawian, seperti perkataan berkat. Kita terus kaitkan dengan harta benda dunia, rumah, kereta, tanah, perusahaan dan sebagainya. Kita lupa ada makna surgawi tentang berkat, kita juga tidak memahami maksud berkat adalah Tuhan Yesus itu sendiri, bukan harta benda semata mata. Begitu juga maksud kerajaan Daud untuk selama-lamanya adalah kerajaan Allah yg di sebut oleh TUHAN Yesus.Tuhan Yesus secara manusia adalah keturunan raja Daud. Memang benar sampai hari ini kerajaan Daud masih wujud secara rohani. Mari kita bertaubat kalau masih lagi menangapi perkataan firman TUHAN secara duniawi sahaja. Salam damai untuk kita semua.
✝emanuelministry.blogspot.com 4.10.19 KK.

Comments

Popular Posts