2 Tawarikh 10:13-15 (TB)  Raja Rehabeam menjawab mereka dengan keras; ia telah mengabaikan nasihat para tua-tua;
ia mengatakan kepada mereka menurut nasihat orang-orang muda: "Ayahku telah memberatkan tanggungan kamu, tetapi aku akan menambahnya; ayahku telah menghajar kamu dengan cambuk, tetapi aku akan menghajar kamu dengan cambuk yang berduri besi."
Jadi raja tidak mendengarkan permintaan rakyat, sebab hal itu merupakan perubahan yang disebabkan Allah, supaya TUHAN menepati firman yang diucapkan-Nya dengan perantaraan Ahia, orang Silo, kepada Yerobeam bin Nebat.

https://alkitab.app/v/a20e16c4dd7b

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya berkongsi tentang kisah raja Rehabeam menjawab permintaan rakyat jelata dari 11 suku Israel agar raja meringankan beban terhadap mereka. Kalau zaman kita ialah percukaian. Raja Rehabeam tidak mendengar permintaan rakyat malahan mengugut dengan menambahkan lagi beban rakyat. Kesudahanya 11 suku Israel memberontak dan tidak mahu lagi berada dalam perintahan raja Rehabeam. Tinggal lagi suku Yehuda dan rakyat yg tinggal di kota kota suku Yehuda. Inilah asal mula perpisahan kerajaan Israel. Dari dulu sampai sekarang isu kewangan dan harta sangat dekat dihati rakyat, walapun Hanya dengan perubahan kecil saja pun boleh menghancurkan dan menyelamat negara. Ingat lagi kerajaan terdahulu negara kita,  tumbang disebab isu cukai. Gereja juga boleh runtuh akibat isu kewangan dan harta. Tuhan Yesus sendiri sering kali berkhutbah tentang wang. Seperti harta yg tersembunyi, perumpaan tentang harta/talenta, persembahan seorang balu miskin dan banyak lagi. Harta atau wang boleh membangun gereja dan boleh meruntuhkan gereja kalau tidak diurus dengan bijak. Mari kita belajar dari kebenaran firman TUHAN cara mengurus harta dan kewangan agar diri kita, keluarga dan gereja tidak hancur sebab harta dan wang. Salam damai untuk kita.
✝emanuelministry.blogspot.com 26.11.19 KK.

Comments

Popular Posts