2 Tawarikh 5:13-14 (TB)  Lalu para peniup nafiri dan para penyanyi itu serentak memperdengarkan paduan suaranya untuk menyanyikan puji-pujian dan syukur kepada TUHAN. Mereka menyaringkan suara dengan nafiri, ceracap dan alat-alat musik sambil memuji TUHAN dengan ucapan: "Sebab Ia baik! Bahwasanya untuk selama-lamanya kasih setia-Nya." Pada ketika itu rumah itu, yakni rumah TUHAN, dipenuhi awan, 
sehingga imam-imam itu tidak tahan berdiri untuk menyelenggarakan kebaktian oleh karena awan itu, sebab kemuliaan TUHAN memenuhi rumah Allah.

https://alkitab.app/v/c5c530ded793

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya berkongsi tentang upacara memindahkan Tabut Perjanjian ke dalam Bait Suci yg dibina oleh raja Salomo. Upacara itu berjaya dan hadirat TUHAN memenuhi ruang Bait Suci dalam bentuk awan, sehingga orang Lewi yg menyelenggara kebaktian tidak tahan dengan kehadiran awan tersebut. TUHAN berkenaan terhadap upacara tersebut. Hari ini boleh dikatakan setiap hari kita mengadakan kebaktian, teristemewa pada bulan Krismas, seawal bulan November gereja kita sudah mula mengadakan kebaktian Krismas. Semoga kebaktian yg kita adakan berkenaan kepada TUHAN, mari kita murnikan kebaktian kita dengan fokus kepada memuji, menyembah dan mendengar firman TUHAN iaitu Yesus Kristus. Acara selain daripada itu tidak wajar diadakan dalam gedung gereja. Mari kita bertaubat kalau masih lagi tidak dapat berfikir tentang pemurniaan kebaktian kita kepada TUHAN. Salam damai untuk kita semua.
✝emanuelministry.blogspot.com 21.11.19 KK.

Comments

Popular Posts