1 Tawarikh 20:5-8 (TB)  Maka terjadilah lagi pertempuran melawan orang Filistin, lalu Elhanan bin Yair menewaskan Lahmi, saudara Goliat, orang Gat itu, yang gagang tombaknya seperti pesa tukang tenun.
Lalu terjadi lagi pertempuran di Gat; dan di sana ada seorang yang tinggi perawakannya, yang tangannya dan kakinya masing-masing berjari enam: dua puluh empat seluruhnya; juga orang ini termasuk keturunan raksasa.
Ia mengolok-olok orang Israel, maka Yonatan, anak Simea kakak Daud, menewaskannya.
Orang-orang ini termasuk keturunan raksasa di Gat; mereka tewas oleh tangan Daud dan oleh tangan orang-orangnya.

https://alkitab.app/v/ee49cc1a3ee0

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya berkongsi kisah tentang raja Daud dan para panglima perangnya mengalahkan orang raksasa di kota Gat. Ingat lagi kota Gat, tempat tinggal sisa sisa keturunan Enak yg tidak berjaya dihapuskan oleh Yosua bin Nun. Mereka masih ada sehingga zaman Daud, seperti Goliat. Hari ini kita selalu berdepan dengan masalah, cabaran, kekuatiran dan kekecewaan yang menggunung, umpama berada dalam kota Gat kota raksasa. Kuatkan hati, bulatkan tekad dan tetap fokus pada tujuan. Pasti berjaya asalkan kita bersama Yesus Kristus. Ingat baik baik Roh TUHAN ada pada kita, Roh yg lebih kuat daripada roh yg ada di dunia. Jangan mengalah, kita contohi sikap raja Daud dan para panglima perangnya, mereka mengalahkan kota Gat walapun secara fizikal agak mustahil. Mari kita bertaubat kalau masih lagi takut untuk mengharungi cabaran dalam hidup, tidak mahu keluar dari zon selesa. Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 7.11.19 Kudat.

Comments

Popular Posts