1 Tawarikh 22:14-16 (TB)  Sesungguhnya, sekalipun dalam kesusahan, aku telah menyediakan untuk rumah TUHAN itu seratus ribu talenta emas dan sejuta talenta perak dan sangat banyak tembaga dan besi, sehingga beratnya tidak tertimbang; juga aku telah menyediakan kayu dan batu. Tetapi baiklah engkau menambahnya lagi.
Lagipula engkau mempunyai sangat banyak pekerja, yakni pemahat-pemahat batu, tukang-tukang batu dan kayu dan orang-orang yang ahli dalam segala macam pekerjaan
emas, perak, tembaga dan besi, yang tidak terhitung banyaknya. Mulailah bekerja! TUHAN kiranya menyertai engkau!"

https://alkitab.app/v/51209029ff07

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar Seminari Teologi Sabah yg akan  berlangsung penamatan/graduasi hari ini. Selamat melayani. Hari ini saya berkongsi tentang kisah raja Daud menyediakan bahan binaan untuk membina bait suci di Yerusalem. Walapun keadaan raja Daud yg sering kali keluar berperang bagi mempertahankan negara  kerana diserang dari segala penjuru oleh jiran tetangganya (Semoga kita adalah jiran tetangga yg baik) hanya negara Sidon dan Tirus yg bersahabat dengan raja Daud. Dikatakan raja Daud memerintahkan anaknya Solomo untuk memulakan pembinaan. Saya suka perkataan "Mulailah bekerja" Boleh dikatakan masalah terbesar anak anak TUHAN ialah tidak mahu mula bekerja, tetapi pandai pula berangan mahu menikmati kejayaan. Kesenangan tanpa penat lelah, menuai tanpa menabur, bersukacita tanpa kejayaan dan sebagainya. Walapun pelik tapi hakikatnya ramai yg terperangkap. Tuhan Yesus perlu mengharungi kesakitan dan kematian sebelum diberikan segala kuasa di bumi dan di Surga. Mari kita bertaubat kalau masih lagi tidak mahu mulai bekerja bagi meraihi cita cita. Salam damai untuk kita semua.
✝emanuelministry.blogspot.com 9.11.19 Kudat.

Comments

Popular Posts