2 Tawarikh 3:1-3 (TB)  Salomo mulai mendirikan rumah TUHAN di Yerusalem di gunung Moria, di mana TUHAN menampakkan diri kepada Daud, ayahnya, di tempat yang ditetapkan Daud, yakni di tempat pengirikan Ornan, orang Yebus itu.
Ia mulai mendirikan rumah itu dalam bulan yang kedua, pada tahun keempat pemerintahannya.
Inilah ukuran dasar yang dipakai Salomo untuk mendirikan rumah Allah: panjangnya enam puluh hasta, menurut ukuran hasta yang lama dan lebarnya dua puluh hasta.

https://alkitab.app/v/1be8a3932955

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya berkongsi tentang kisah raja Salomo membina bait suci di gunung Moria di Yerusalem. Tempat itu dipilih sebab malaikat TUHAN mempelihatkan dirinya ketika hendak menyerang penduduk kota Yerusalem akibat dosa raja Daud menghitung penduduk Isreal tanpa perintah TUHAN. Raja Salomo mula membuat bait suci pada tahun keempat perintahanya. Inilah misi pertama dia setelah menjadi raja. Agak agak apalah misi kita tahun depan, atau untuk 5 tahun akan datang? Ada orang cakap menahan diri kekal seperti hari ini untuk 5 tahun akan datang adalah misi paling sukar, berbanding memajukan diri. Jadi mari kita memajukan diri sebab itu lebih mudah berbanding mengekalkan apa yg ada. Salomo telah membina bait suci yg tiada tandingan bayangkan bangunan itu disalut dengan emas dan dihias dengan batu permata yang cantik dan dari kayu terbaik. Hari ini kita masih perlu membina bait suci iaitu diri kita sendiri, mari kita salute dengan emas iaitu kasih, dihias dengan buah buah  kasih. Berdiri megah seperti bait suci dipuncak bukit Moria, berkilau disenari wajar pagi iaitu doa pagi Kita. Mari kita bertaubat kalau masih lagi gagal membina bait suci. Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 19.11.19 KK.

Comments

Popular Posts