Ayub 39:19-22 (TB)  (39-22) Engkaukah yang memberi tenaga kepada kuda? Engkaukah yang mengenakan surai pada tengkuknya?
(39-23) Engkaukah yang membuat dia melompat seperti belalang? Ringkiknya yang dahsyat mengerikan.
(39-24) Ia menggaruk tanah lembah dengan gembira, dengan kekuatan ia maju menghadapi senjata.
(39-25) Kedahsyatan ditertawakannya, ia tidak pernah kecut hati, dan ia pantang mundur menghadapi pedang.

https://alkitab.app/v/05dda452484e

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi dan selamat berhujung minggu. Bersambung kisah Ayub dengan ucapan TUHAN sendiri kepadanya. Kali ini TUHAN menyatakan keajaiban binatang ciptaanNya dengan sifat, keunikan dan kekuatan tersendiri. Begitulah dahsyat kuasa TUHAN, masih lagi terfikir mahu berdebat dengan TUHAN seperti yang dilakukan oleh Ayub? Mari kita bertaubat kalau masih menganggap diri hebat dihadapan manusia dan TUHAN. Tuhan Yesus sendiri merendahkan diri ketika menjadi manusia di hadapan TUHAN walapun dalam kesusahan. Mari kita bertaubat kalau masih lagi tidak dapat merendahkan diri. Salam damai untuk kita semua.
✝emanuelministry.blogspot.com 29.2.2020 Kudat Sabah Malaysia.

Comments

Popular Posts