Ayub 27:3-5 (TB)  selama nafasku masih ada padaku, dan roh Allah masih di dalam lubang hidungku,
maka bibirku sungguh-sungguh tidak akan mengucapkan kecurangan, dan lidahku tidak akan melahirkan tipu daya.
Aku sama sekali tidak membenarkan kamu! Sampai binasa aku tetap mempertahankan bahwa aku tidak bersalah.

https://alkitab.app/v/c21631b0ac55

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi hari ini saya berkongsi lagi tentang jawapan Ayub kepada sahabatnya, sekali lagi Ayub mengulang pendirian yang dia tidak bersalah kepada TUHAN. Kita sendiri pun ada situasi tertentu kita begitu yakin kita tidak bersalah, contoh takalah kita konsisten membayar bill, tiba tiba ada bill tertungak, bila di teliti syarikat tersebut membuat bill advance sebulan, memanglah kita belum bayar. Tetapi dihadapan TUHAN tidak mungkin kita tidak bersalah, mungkin perbuatan tiada, tetapi dalam fikiran mungkin ada. Mari kita bertaubat kalau masih lagi tidak dapat mengaku dosa dosa kita dihadapan TUHAN.
Salam damai untuk kita semua.
✝emanuelministry.blogspot.com 17.2.2020 Kota Kinabalu Sabah Malaysia.

Comments

Popular Posts