Ayub 20:4-6 (TB)  Belumkah engkau mengetahui semuanya itu sejak dahulu kala, sejak manusia ditempatkan di bumi,
bahwa sorak-sorai orang fasik hanya sebentar saja, dan sukacita orang durhaka hanya sekejap mata?
Walaupun keangkuhannya sampai ke langit dan kepalanya mengenai awan,

https://alkitab.app/v/2dbea4dce042

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang jawapan sahabat Ayub yang bernama Zofar kepada keluh kesah Ayub. Zofar mengatakan kegemilangan orang fasik hanya sementara, mereka akan hilang untuk selama lamanya. Mungkin kita pun ada pengalaman yang sama tentang orang fasik, hari ini bermegah diri, esok lusa dalam keadaan tidak berdaya sebab ditimpa kesusahan. Bagi kita orang percaya kepada Tuhan Yesus kemegahan kita kerana menyedari semua yang kita milik adalah pemberian/anugerah TUHAN, bukan sebab kita hebat atau layak menerima. Mari kita bertaubat kalau masih lagi memegahkan diri dengan kekayaan, pencapaian, jawatan dan sebagainya. Salam damai untuk kita semua.
✝emanuelministry.blogspot.com 10.2.2020 Kota Kinabalu Sabah Malaysia.

Comments

Popular Posts