Ayub 18:5-7 (TB)  Bagaimanapun juga terang orang fasik tentu padam, dan nyala apinya tidak tetap bersinar.
Terang di dalam kemahnya menjadi gelap, dan pelita di atasnya padam.
Langkahnya yang kuat terhambat, dan pertimbangannya sendiri menjatuhkan dia.

https://alkitab.app/v/f83aad07b16a

Shallom bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang jawapan sahabat Ayub yang bernama Bildad untuk kali kedua, setelah Ayub berbicara panjang lebar membela dirinya mengatakan ia tidak berdosa. Bildad mengatakan kesudahan orang fasik adalah kehancuran dan akan lenyap. Memang benar tidak ada satu pun manusia boleh hidup selama lamanya Kita semua akan lenyap kerana kematian, bukit kita semua adalah orang fasik, ada sesiapa yang boleh menafikan kematiannya? Atau bangkit daripada kematian? Hanya Tuhan Yesus sahaja yang telah bangkit daripada kematian. Sudah tentu kita boleh menaruh harapan kepadaNya. Mari kita bertaubat kalau masih lagi tidak menerima Tuhan Yesus sebagai harapan masa depan kita.
Salam damai untuk kita semua.
✝emanuelministry.blogspot.com 8.2.2020 Kudat Sabah.

Comments

Popular Posts