Ayub 13:22-24 (TB)  Panggillah, maka aku akan menjawab; atau aku berbicara, dan Engkau menjawab.
Berapa besar kesalahan dan dosaku? Beritahukanlah kepadaku pelanggaran dan dosaku itu.
Mengapa Engkau menyembunyikan wajah-Mu, dan menganggap aku sebagai musuh-Mu?

https://alkitab.app/v/39f26b2a803d

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang jawapan Ayub kepada ketiga tiga sahabatnya. Mengejutkan nada Ayub seolah olah memarahi mereka dan mahu pula berbicara langsung dengan TUHAN. Supaya dia tahu apa dosanya. Ada yang pernah berbicara seperti Ayub dalam doa? Saya fikir memang ada.  Tuhan Yesus sendiri ketika berdoa di taman Getsemani pernah berdoa memohon agar penderitaan tidak berlaku padaNya. Kita pun begitu juga saban hari berdoa agar tidak ditimpa kesusahan. Apabila ditimpa kesusahan kita cenderung menyalahkan TUHAN, seperti Ayub. Mari kita bertaubat kalau masih lagi menyalahkan TUHAN atau orang lain apabila kita ditimpa kesusahan. Salam damai untuk kita semua.
✝emanuelministry.blogspot.com 3.2.2020 Kota Kinabalu Sabah.

Comments

Popular Posts