Nehemia 9:36-37 (TB)  Lihatlah, sekarang ini kami adalah budak. Ya, di tanah yang Kauberikan kepada nenek moyang kami untuk mengecap hasilnya dan segala kekayaannya kami ini adalah budak.
Tanah itu menghasilkan banyak bagi raja-raja yang telah Kautetapkan atas kami karena dosa-dosa kami. Mereka itu memerintah sekehendak hati atas diri kami dan ternak kami, sehingga kami dalam kesesakan besar."

https://alkitab.app/v/805d04a0ea19

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya berkongsi kisah tentang ucapan orang Lewi dihadapan rakyat yg berkumpul menyatakan kekesalan atas semua perbuatan mereka. Mereka sedar kerana perbuatan melawan kehendak TUHAN yg diperintakan dalam hukum Taurat telah mengakibatkan negeri mereka telah diambil oleh bangsa lain. Hari ini saya fikir sejarah bangsa Israel boleh berlaku dalam sejarah bangsa mana pun di bumi termasuk bangsa kita. Kalau kita terus mencemarkan kasih karunia TUHAN melalui Tuhan Yesus dengan cara hidup yg tidak mengambarkan kita adalah penerima kasih karunia itu. Kesudahan bangsa kita pun mungkin seperti bangsa Israel. Mari kita bertaubat kalau masih lagi tidak mahu hidup mentaati perintah TUHAN. Salam damai untuk kita semua.
✝emanuelministry.blogspot.com 7.1.2020 Kota Kinabalu Sabah.

Comments

Popular Posts