Nehemia 12:43 (TB)  Pada hari itu mereka mempersembahkan korban yang besar. Mereka bersukaria karena Allah memberi mereka kesukaan yang besar. Juga segala perempuan dan anak-anak bersukaria, sehingga kesukaan Yerusalem terdengar sampai jauh.

https://alkitab.app/v/6835278e4f96

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi kisah tentang pentabisan tembok Yerusalem yang telah berjaya disiapkan di bawah jagaan Nehemia ketua daerah pada masa itu (mungkin sama dengan pegawai daerah pada zaman kita) Kerajaan Isreal dan Yehuda sudah jatuh tinggal lagi daerah. Dikatakan rakyat bersukacita cita sebab TUHAN memberi mereka sukacita semasa pentabisan tembok Yerusalem, atau dalam bahasa kita hari ini majlis perasmian. Rupanya Alkitabia juga upacara perasmian yang kita adakan selama ini. Malahan kita akan merasakan sukacita yang datang daripada TUHAN. Pada zaman Perjanjian Lama  pentabisan dengan darah binatang, tetapi pada zaman kita, pentabisan oleh darah Tuhan Yesus. Maksud pentabisan/perasmian adalah untuk menyerahkan kepada TUHAN untuk kemuliaan dan milik TUHAN. Mari kita bertaubat kalau masih lagi belum mentabis/merasmikan rumah, gereja, usaha, tanah kita dan sebagainya untuk TUHAN. Salam damai untuk kita semua.
✝emanuelministry.blogspot.com 10.1.2020 Kota Kinabalu Sabah.

Comments

Popular Posts