Nehemia 2:17-18 (TB)  Berkatalah aku kepada mereka: "Kamu lihat kemalangan yang kita alami, yakni Yerusalem telah menjadi reruntuhan dan pintu-pintu gerbangnya telah terbakar. Mari, kita bangun kembali tembok Yerusalem, supaya kita tidak lagi dicela."
Ketika kuberitahukan kepada mereka, betapa murahnya tangan Allahku yang melindungi aku dan juga apa yang dikatakan raja kepadaku, berkatalah mereka: "Kami siap untuk membangun!" Dan dengan sekuat tenaga mereka mulai melakukan pekerjaan yang baik itu.

https://alkitab.app/v/1d4ca94ac8f8

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya berkongsi kisah tentang Nehemia telah mendapat keizinan untuk membina semula tembok Yerusalem dari raja Artahsasta raja Persia. Ketika Nehemia mengatakan hasratnya untuk membina semula tembok Yerusalem orang yg bersama dengan dia memberi sokongan. Tahun ini apakah yg bakal kita lakukan untuk membangun jemaat kita? Sudah tentu kita memerlukan sokongan daripada orang disekeliling kita. Adalah suatu anugerah daripada TUHAN yg tidak terhingga kalau ada yg menyokong kita sehingga siap projek tersebut. Tuhan Yesus sendiri mempunyai penyokong dalam pelayananNya sehingga nafas terakhirNya di kayu salip, iaitu tiga orang perempuan yg bernama Maria. Mari kita bertaubat kalau masih lagi tidak dapat menghargai peribadi yg menyokong projek pembangunan dan pelayanan kita, tanpa mereka kita tidak mampu melangkah. Salam damai untuk kita semua.
✝emanuelministry.blogspot.com 3.1.2020. Kudat.

Comments

Popular Posts