Ulangan 9:18 (TB) Sesudah itu aku sujud di hadapan TUHAN, empat puluh hari empat puluh malam lamanya, seperti yang pertama kali — roti tidak kumakan dan air tidak kuminum — karena segala dosa yang telah kamu perbuat, yakni kamu melakukan apa yang jahat di mata TUHAN, sehingga kamu menimbulkan sakit hati-Nya. https://alkitab.app/v/8a03d92381b5 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Berpuasa lagi empat puluh hari empat puluh malam" Selepas selesai empat puluh hari dan empat puluh malam Musa berada di gunung bersama TUHAN untuk mendengar hukum Taurat, tanpa makan dan minum, kemudian dia ulang lagi demi memohon belas kasih TUHAN atas perbuatan rakyat yang menyembah patung lembu emas. Tuhan Yesus juga pernah berpuasa seperti itu sebelum Dia memulakan pelayanan, Dia berjaya mengharunginya (Matius 4:1-11). Mari kita berubah supaya dapat bertahan dalam pelayanan walaupun berulang kali berpuasa empat puluh hari empat puluh malam. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 23.7.2022.

Comments

Popular Posts