Bilangan 28:1-2 (TB) TUHAN berfirman kepada Musa: "Perintahkanlah kepada orang Israel dan katakanlah kepada mereka: Dengan setia dan pada waktu yang ditetapkan haruslah kamu mempersembahkan persembahan-persembahan kepada-Ku sebagai santapan-Ku, berupa korban api-apian yang baunya menyenangkan bagi-Ku. https://alkitab.app/v/932db11efd99 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Santapan TUHAN" Dikatakan bahawa setiap hari ada korban bakaran di Kemah Pertemuan umpama santapan TUHAN, pada zaman gereja persembahan jemaat umpama santapan bagi para gembala dan pekerja gereja yang lain. Tuhan Yesus pernah memberi makanan kepada rakyat yang mendengar khutbah-Nya seharian (Matius 14:13-21). Mari kita berubah supaya memberi santapan kepada TUHAN iaitu persembahan kita yang tetap itu. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 6.7.2022.

Comments

Popular Posts