Ulangan 14:28-29 (TB) Pada akhir tiga tahun engkau harus mengeluarkan segala persembahan persepuluhan dari hasil tanahmu dalam tahun itu dan menaruhnya di dalam kotamu; maka orang Lewi, karena ia tidak mendapat bagian milik pusaka bersama-sama engkau, dan orang asing, anak yatim dan janda yang di dalam tempatmu, akan datang makan dan menjadi kenyang, supaya TUHAN, Allahmu, memberkati engkau di dalam segala usaha yang dikerjakan tanganmu." https://alkitab.app/v/044a713097d6 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Bersukaria bersama di hadapan TUHAN" Musa mengingatkan rakyat bahawa semua hasil pertanian dikenakan persepuluhan, pada tahun ketiga perpuluhan yang dikumpul itu boleh dikeluarkan dan dibelanjakan untuk meraihkan orang Lewi, orang asing, anak yatim dan para balu di dalam kota. Begitulah cara rakyat memberi perhatian kepada golongan miskin. Tuhan Yesus juga mengajar supaya menjemput golongan miskin ke majlis keraihan kita (Lukas 14:13). Mari kita berubah supaya dapat bersukaria bersama di hadapan TUHAN dengan golongan orang miskin dan para hamba Tuhan. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 28.7.2022.

Comments

Popular Posts