Ulangan 12:31 (TB) Jangan engkau berbuat seperti itu terhadap TUHAN, Allahmu; sebab segala yang menjadi kekejian bagi TUHAN, apa yang dibenci-Nya, itulah yang dilakukan mereka bagi allah mereka; bahkan anak-anaknya lelaki dan anak-anaknya perempuan dibakar mereka dengan api bagi allah mereka. https://alkitab.app/v/63ad19e0ea4b Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Penyembahan yang menjadi kekejian bagi TUHAN" Musa berulang kali mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan upacara penyembahan bangsa Kanaan yang sanggup mempersembahkan anak lelaki dan anak perempuan mereka. Penyembahan itu keji di mata TUHAN. Tuhan Yesus jauh sekali mahu berlaku kejam kepada anak-anak kecil, malahan memeluk dan memberkati mereka (Markus 10:16). Mari kita berubah supaya tidak terlibat penyembahan yang menjadi kekejian TUHAN. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 26.7.2022.

Comments

Popular Posts