Ratapan 1:1-2 (TB)  Ah, betapa terpencilnya kota itu, yang dahulu ramai! Laksana seorang jandalah ia, yang dahulu agung di antara bangsa-bangsa. Yang dahulu ratu di antara kota-kota, sekarang menjadi jajahan. 

Pada malam hari tersedu-sedu ia menangis, air matanya bercucuran di pipi; dari semua kekasihnya, tak ada seorang pun yang menghibur dia. Semua temannya mengkhianatinya, mereka menjadi seterunya. 

https://alkitab.app/v/1c69a97d1ad9 


Kopivosihan dan selamat beribadah di rumah, bertemu lagi dalam renungan pagi. Kelmarin kes harian Covid 19 seramai 4029 tertinggi direkodkan. Hari ini saya berkongsi tentang "Yerusalem menjadi sunyi sepi" Kitab Ratapan nukilin kesedihan nabi Yeremia terhadap Kota Yerusalem. Kota itu sunyi selepas dikalahkan oleh orang Kasdim (Yeremia 39:1-10). Tuhan Yesus juga menangisi kota Yerusalem sebab penduduknya tidak menerima Dia (Matius 23:38-39). Mari kita bertaubat supaya kota kita tidak menjadi sunyi sepi. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 17.1.2021.

Comments

Popular Posts