Yeremia 43:6-7 (TB) laki-laki, perempuan, anak-anak, puteri-puteri raja dan setiap orang yang telah dibiarkan Nebuzaradan, kepala pasukan pengawal, pada Gedalya bin Ahikam bin Safan; juga nabi Yeremia dan Barukh bin Neria.
Lalu mereka pergi ke tanah Mesir, sebab mereka tidak mau mendengarkan suara TUHAN. Maka sampailah mereka di Tahpanhes.
https://alkitab.app/v/7b0261bd433e.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Tidak mendengar firman TUHAN" Oleh sebab pemimpin dan rakyat jelata yang tersisa di Yehuda tidak mahu mendengar firman TUHAN supaya tetap tinggal di Yehuda mereka memaksa nabi Yeremia lari ke Mesir bersama mereka. Tuhan Yesus berulangkali memberitahu bahawa Dia adalah Mesias dengan membahasakan diri-Nya Anak Manusia (Matius 8:20, 9:6, 10:23 dan banyak kali) tetapi kebanyakkan pemimpin dan rakyat pada zaman itu tidak percaya. Mari kita bertaubat kalau masih lagi tidak percaya kepada perkataan Tuhan Yesus. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 7.1.2021.
Comments
Post a Comment