Yehezkiel 10:7 (TB) Lalu seorang kerub itu mengulurkan tangannya dari tengah kerub-kerub ke api yang ada di tengah-tengah mereka, diambilnya sedikit dan ditaruhnya di dalam tangan orang yang berpakaian lenan. Orang ini menerimanya dan pergi.
https://alkitab.app/v/248d9cd6abf9.
Kopivosihan dan selamat beribadah di rumah. Sedikit kelegaan sebab kes COVID-19 di Sabah turun di bawah tiga ratus. Hari ini saya berkongsi tentang "Bara api" Suatu penglihatan nabi Yehezkiel bara api diberikan kepada seseorang yang berpakian lenan oleh makhluk bermuka empat. Kita faham bahawa ada sesuatu yang mahu dibuat dengan bara api itu. Bara api panas dan mesti dilepaskan segera. Tuhan Yesus juga akan datang segera membawa upah sesuai perbuatan kita (Wahyu 22:12). Mari kita bertaubat kalau masih lagi berfikir tiada kesegeraan. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 31.1.2021.
Comments
Post a Comment