Yeremia 42:10-11 (TB)  Jika kamu tinggal tetap di negeri ini, maka Aku akan membangun dan tidak akan meruntuhkan kamu, akan membuat kamu tumbuh dan tidak akan mencabut kamu; sebab Aku menyesal telah mendatangkan malapetaka kepadamu.

Janganlah takut kepada raja Babel yang kamu takuti itu. Janganlah takut kepadanya, demikianlah firman TUHAN, sebab Aku menyertai kamu untuk menyelamatkan kamu dan untuk melepaskan kamu dari tangannya. 

https://alkitab.app/v/c2989b17902e.


Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Tetap tinggal di Yehuda" Diceritakan dalam bab ini sisa orang Yehuda selepas pembunuhan gebenor yang dilantik oleh raja Babel mahu pergi ke Mesir sebab takut kepada raja Babel, tetapi firman TUHAN mengatakan tetaplah tinggal di Yehuda. Tuhan Yesus berkata supaya kita tetap tinggal dalam Dia supaya kita berbuah lebat sebab di luar Tuhan Yesus kita tidak dapat berbuat apa-apa (Yohanes 15:5). Mari Kita bertaubat kalau masih lagi tidak mahu tetap tinggal dalam Tuhan Yesus. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 6.1.2020.

Comments

Popular Posts