Yeremia 36:27-28 (TB)  Sesudah raja membakar gulungan berisi perkataan-perkataan yang dituliskan oleh Barukh langsung dari mulut Yeremia itu, maka datanglah firman TUHAN kepada Yeremia, bunyinya: 

"Ambil pulalah gulungan lain, tuliskanlah di dalamnya segala perkataan yang semula ada di dalam gulungan yang pertama yang dibakar oleh Yoyakim, raja Yehuda.

https://alkitab.app/v/827773def8e6.


Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari terakhir tahun 2020. Hari ini saya berkongsi tentang "Yoyakim raja Yehuda membakar gulungan kitab Yeremia" Dikatakan dalam bab ini raja Yoyakim membakar gulungan kitab nabi Yeremia sebab tidak mahu mendengar firman TUHAN begitulah kerasnya hati raja. Selepas Tuhan Yesus kembali ke Surga Alkitab ditulis menjadi peringatan kepada manusia supaya bertaubat. Berulangkali seruan pertaubatan dicatat dalam Alkitab Perjanjian Baharu (Matius 3:2, 4:17, 11:20-21 dan banyak lagi). Mari Kita bertaubat kalau masih lagi tidak percaya kepada seruan pertaubatan dari Alkitab. Salam damai dan selamat menyambut tahun 2021 kepada semua. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 31.12.2020.

Comments

Popular Posts