Yeremia 27:8 (TB) Tetapi bangsa dan kerajaan yang tidak mau takluk kepada Nebukadnezar, raja Babel, dan yang tidak mau menyerahkan tengkuknya ke bawah kuk raja Babel, maka bangsa itu akan Kuhukum dengan pedang, kelaparan dan penyakit sampar, demikianlah firman TUHAN, sampai mereka Kuserahkan ke dalam tangannya. 

https://alkitab.app/v/5202dff59a25.


Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Takluk kepada raja Babel supaya hidup" Setelah Yerusalem jatuh kedalam tangan raja Babel, dia melantik raja baharu mengantikan raja Yekhonya (Yeremia 27:20) iaitu raja Zedekia (Yeremia 27:1). Kemudian raja Zedekia memberontak sebab percaya nubuatan para nabi palsu. Sedangkan nabi Yeremia bernubuat supaya jangan memberontak supaya kota Yerusalem tidak jadi reruntuhan dan raja serta rakyat tidak dibunuh oleh raja Babel (Yeremia 27:17). TUHAN telah mengatakan percaya kepada Tuhan Yesus akan selamat dari hukuman TUHAN (Yohanes 3:16, Roma 8:1). Krismas memanggil kita percaya kepada Tuhan Yesus supaya tidak dihukum oleh TUHAN. Salam Krismas untuk kita semua. ✝emanuelministry.blogspot.com 22.12.2020 Kota Kinabalu Sabah Malaysia.

Comments

Popular Posts