Yeremia 17:9-10 (TB) Betapa liciknya hati, lebih licik dari pada segala sesuatu, hatinya sudah membatu: siapakah yang dapat mengetahuinya?
Aku, TUHAN, yang menyelidiki hati, yang menguji batin, untuk memberi balasan kepada setiap orang setimpal dengan tingkah langkahnya, setimpal dengan hasil perbuatannya."
https://alkitab.app/v/9679506bed06.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "TUHAN menyelidiki hati" Tiada yang dapat mengetahui isi hati seseorang tetapi TUHAN mengetahui. Tuhan Yesus mengajar kita bahawa dari buah pokoklah kita mengetahui jenis pokok, pokok yang baik menghasilkan buah yang baik (Matius 7:16-18). Walaupun tiada yang tahu isi hati tetapi daripada perbuatan akan diketahui. Mari kita bertaubat kalau masih lagi berfikir tiada yang tahu isi hati kita. Salam damai untuk kita semua. ✝emanuelministry.blogspot.com 12.12.2020 Kudat Sabah Malaysia.
Comments
Post a Comment