Yeremia 13:15-16 (TB) Dengarlah, pasanglah telingamu, janganlah kamu tinggi hati, sebab TUHAN telah berfirman.
Permuliakanlah TUHAN, Allahmu, sebelum Ia membuat hari menjadi gelap, sebelum kakimu tersandung di atas bukit-bukit yang diliputi senja, sementara kamu menanti-nantikan terang, tetapi Ia menjadikan hari kelam pekat dan mengubahnya menjadi gelap gulita.
https://alkitab.app/v/265d04edbc08.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Janganlah kamu tinggi hati" Penduduk Kota Yerusalem pada zaman nabi Yeremia meninggikan hati dengan menyembah ilah lain dan tidak mahu mendengar nasihat supaya mereka bertaubat. Tuhan Yesus juga mengingatkan kita supaya jangan meninggikan diri dengan perbuatan atau kedudukan sosial (Matius 23:5-12). Mari Kita bertaubat kalau masih lagi meninggikan diri / hati. Salam damai untuk kita semua. ✝emanuelministry.blogspot.com 8.12.2020 Kota Kinabalu Sabah Malaysia.
Comments
Post a Comment