Hakim-hakim 8:22-23 (TB) Kemudian berkatalah orang Israel kepada Gideon: "Biarlah engkau memerintah kami, baik engkau baik anakmu maupun cucumu, sebab engkaulah yang telah menyelamatkan kami dari tangan orang Midian." Jawab Gideon kepada mereka: "Aku tidak akan memerintah kamu dan juga anakku tidak akan memerintah kamu tetapi TUHAN yang memerintah kamu." Kopivosihan dan selamat beribadah, hari ini saya berkongsi tentang "TUHAN yang memerintah" Gideon berjaya dalam peperangan melawan raja-raja orang Median yang mempunyai bala tentera ratusan ribu, sedangkan Gideon hanya tiga ratus rakyat yang bersamanya. Kemenagan itu menyebab rakyat mahu mengangkat Gideon dan keturunannya menjadi raja mereka, tetapi Gideon menolak dan mengatakan TUHAN yang memerintah kamu. Tuhan Yesus Tuhan dan tuan yang memerintah hidup kita. Mari kita berubah supaya dapat mengakui TUHAN yang memerintah hidup kita. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 18.9.2022.

Comments

Popular Posts