Hakim-hakim 14:5-6 (TB) Lalu pergilah Simson beserta ayahnya dan ibunya ke Timna. Ketika mereka sampai ke kebun-kebun anggur di Timna, maka seekor singa muda mendatangi Simson dengan mengaum. Pada waktu itu berkuasalah Roh TUHAN atas dia, sehingga singa itu dicabiknya seperti orang mencabik anak kambing — tanpa apa-apa di tangannya. Tetapi tidak diceriterakannya kepada ayahnya atau ibunya apa yang dilakukannya itu. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Simson mencabik seekor singa muda" Simson mula menunjukkan kegagahan dengan mencabik seekor singa muda dengan tangan tanpa senjata, Roh TUHAN yang berkuasa ke atas Simson yang memberi dia keberanian dan kekuatan. Tuhan Yesus memberi kita Roh Kudus supaya kita boleh mencabik singa iaitu masalah yang kita hadapi. Mari kita berubah supaya gagah seperti Simson yang mampu mencabik seekor singa muda. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 24.9.2022.

Comments

Popular Posts