Hakim-hakim 12:1 (TB) Dikerahkanlah orang Efraim, lalu mereka bergerak ke Zafon. Dan mereka berkata kepada Yefta: "Mengapa engkau bergerak untuk memerangi bani Amon dengan tidak memanggil kami untuk maju bersama-sama dengan engkau? Sebab itu kami akan membakar rumahmu bersama-sama kamu!" https://alkitab.app/v/39fbe9512865 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Dengki yang membinasakan" Kisah kejayaan Yefta mengalahkan bangsa Amon tidak disambut baik oleh suku Efraim, mereka menuduh Yefta tidak memanggil mereka turut serta berperang. Kemudian berlakulah perang saudara antara Yefta dan suku Efraim mengorbankan empat puluh dua ribu orang Efraim, akhirnya Suku Efraim kalah. Tuhan Yesus jauh sekali mahu berperang sebab dengki malahan melarang mengatakan kafir kepada orang lain (Matius 5:21-22). Mari kita berubah supaya tidak ada lagi dengki yang membinasakan. Damai sejahtera untuk kita. ✝ emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 22.9.2022.

Comments

Popular Posts