Mazmur 150:3-6 (TB)  Pujilah Dia dengan tiupan sangkakala, pujilah Dia dengan gambus dan kecapi! 
Pujilah Dia dengan rebana dan tari-tarian, pujilah Dia dengan permainan kecapi dan seruling! 
Pujilah Dia dengan ceracap yang berdenting, pujilah Dia dengan ceracap yang berdentang! 
Biarlah segala yang bernafas memuji TUHAN! Haleluya! 

https://alkitab.app/v/ae8c3d4191a3

Shalom semua bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "segala yang bernafas memuji TUHAN" Kita boleh simpulkan bahawa  tujuan Mazmur mengajak kita untuk memuji TUHAN, Tuhan Yesus juga bermazmur / bernyanyi lagu puji ketika bersama dengan murid-murid-Nya (Matius 26:30). Gereja hari ini pun telah menjadikan  nyanyian pujian / Mazmur dalam ibadah. Mari kita bertaubat kalau masih lagi tidak dapat bermazmur / bernyanyi untuk TUHAN. Salam damai untuk kita semua.
✝emanuelministry.blogspot.com 31.7.2020 Kudat Sabah Malaysia.

Comments

Popular Posts