Mazmur 131:1-3 (TB)  Nyanyian ziarah Daud. TUHAN, aku tidak tinggi hati, dan tidak memandang dengan sombong; aku tidak mengejar hal-hal yang terlalu besar atau hal-hal yang terlalu ajaib bagiku.
Sesungguhnya, aku telah menenangkan dan mendiamkan jiwaku; seperti anak yang disapih berbaring dekat ibunya, ya, seperti anak yang disapih jiwaku dalam diriku.
Berharaplah kepada TUHAN, hai Israel, dari sekarang sampai selama-lamanya!

https://alkitab.app/v/cd81cbbd8c0f

Shalom dan selamat beribadah kepada semua. Minggu ke tujuh belas ibadah di rumah dan sebahagian di gereja sebab pandemik COVID-19. Hari ini saya berkongsi tentang "aku tidak tinggi hati" rupanya raja Daud seorang yang tidak tinggi hati atau terlalu bercita cita tinggi. Tidak seperti raja raja lain pada masa itu mahu menguasai dunia seboleh mungkin.Tuhan Yesus juga mengajar tentang merendah diri, siapa yang meninggikan diri akan direndahkan dan begitu juga sebaliknya (Lukas 14:11). Mari kita bertaubat kalau masih lagi tinggi hati. Salam damai untuk kita semua.
✝emanuelministry.blogspot.com 12.7.2020 Kudat Sabah Malaysia.

Comments

Popular Posts